for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Monday, 23 July 2012

aku ditiup kembali ke tempat asal ku

Ku hanya mahu pelukan itu kembali sedia kala..ku hanya mahu berada dalam dakapan kau dan sentiasa hangat bila ku sedar dari mimpi ku,kau masih memeluk ku...bila hati ku mencintai kau.hanya senyuman mampu kau balas pada cinta ku.beri la ku sedikit tapak untuk aku mendirikan sebuah "rumah cinta"untuk aku dan diri kau juga.aku sedar aku meminta minta untuk dikasihani,dan di belai oleh kau.aku hanya mahu perhatian dan kasih sayang kau pada rindu ku ini.aku cuma mahu kau dengar luhan rindu ku pada hati mu.aku"terlanjur" mencintai diri serta hati kecil mu,aku mohon kemaafan kerana mencintai diri serta hati kau tanpa meminta kebenaran.aku yang sepi menanti setia kepulangan dan ke ikhlasan hati kau mencitai ku.aku mengharap allah akan beri kau hati dan wanita impian kau.dan aku hanya sampah yang di tiup angin,di bawa melayang layang dan aku tak pernah singgah di hati org macam kau.aku sampah yang di bawa angin terbang ke satu hati ke satu hati yang lain,tapi aku tak pernah singgah di hati org macam kau.dan aku sampah yang di bawa angin sentiasa mengingati hati kau yang pernah ku lewati suatu ketika dahulu.dan aku walaupun di tiup waktu di bawa angin sejauh berjuta batu pun,ku masih ingat dan keikhlasan hati kau melayan sampah seperti aku ini.aku hanya sampah yang kotor,kekotoran ku amat susah untuk dihilangkan.aku hanya sampah yang tiada upaya,yang lemah,yang sentiasa singah di setiap tempat/sudut hati kau.aku mohon maaf mengotorkan hati kau yang suci itu.semamagnya sampah seperti aku harus sedar di mana tempat ku yang selayak layaknya untuk bertapak membuah "rumah cinta"ku suatu hari nanti...dan aku tak lupa pada jasa kau dan ke ikhlasan hati kau melayan sanpah separti ku ini.Terima Kasih wahai manusia yang ku sanjung..aku tak akan lupa jasa dan kasih yang kau beri. Wasalam

coretan buat mu lelaki

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak…

 

Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah berbanding diriku.. Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA.. ?

 

Ketahuilah dirimu..Bahawa aku mungkin tidak sebijak Aisyah Humaira’.. Aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan menyebalkan.. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku.. Ingatlah, aku takkan selamanya dan selalunya akan kelihatan cantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana aku terlalu sibuk di dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita nanti.. insya ALLAH

 

Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan dari bekerja…maafkan aku wahai zaujku… Atau mungkin kau akan melihat diriku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tidak mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam..dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu…dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku.. kerana kau kekuatanku wahai suamiku..

 

Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku..Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku menangis dan marah yang tak tertahan.. kerana aku hanya wanita biasa. Ada masanya aku memerlukan tempat untuk melepaskan rasa hatiku.. melepaskan kepenatanku..dan yang aku perlukan saat itu hanyalah pelukan dan belaianmu.. kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala resahku..

 

Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak pernah habis.. Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka..bukankah mereka “our beloved little mujahid”? Hanya terkadang aku mungkin kehabisan cara untuk menenangkannya.. Maka aku minta janganlah kau membentakku saat itu kerana telah menyakiti buah hati kita… cukup dengan kau usap kepala memujukku… kerana dengan itu aku tahu kau menghargai semua yang telah aku lakukan untuk kalian.. maka, saat itu kau akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita.. dan aku akan merasakan ribuan kali sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada mereka..maafkan aku wahai suamiku..

 

Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku..

 

Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah.. Maka jangan pernah jemu membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih.. Jangan letih mengingatkan aku mendulang amalan-amalan sunnah.. Jangan pernah bosan mengajari aku.. membimbing aku ke arah-Nya… Bukankah kita telah berjanji untuk menjadikan pernikahan ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya..

 

Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku..Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat menghitam, mula menipis dan memutih.. Kulitku yang halus menegang kian kendur lalu tangan yang dahulu halus menjadi kasar.. Aku bukan lagi wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganlah kau berpaling dariku wahai kekasih hatiku.. kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke akhir nafasku… cintaku buat dirimu kerana Allah… semoga aku tetap menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti.. Sesungguhnya.. tiap hari yang berlalu…setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati dengan selalu mencintaimu.. kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini.. Jangan kau anggap aku wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku wanita biasa

Sunday, 22 July 2012

hati ku ke meja kuliyah

Best tengok member dapat mencipta kejayaan.tapi aku stay at jalan yang aku pun tak pasti mana penghujung dan pemulaanya.hati ni nak sambung belajar.tapi apakan daya aku tak berkesempatan,bila melihat kawan kawan belajar,hati sedih je..haii bila aku pulak nak mengapai cita cita aku?agak agak aku dah ada anak 2 orang baru ibu dapat ijazah.umm aku tak ada rezeki or aku tolak rezeki ek?kekadang tertanya tanya diri ni siapa yang control.aku or orang lain.hurmm seronok je tengok bebudak study.tapi aku dok rumah cabut rumput hihihi tak pe la.rezeki belum sampai kot.insallah if allah betul betul nak bagi aku rezeki walaupun aku dah kahwin aku akan belajar jugak dalam bidang yang ku minat.aku just nak share perasan ku yang tak tentu hala bila pasal SAMBUNG BELAJAR.umm yang sayunya bila hari hari posmen hantar surat tawaran kolej yang aku impikan selama aku di bangku sekolah menegah lagi.tapi ada benda yang lagi berharga yang berlu aku kejar masa ni.semoga impian aku tercipta macam orang lain...amiinn semoga suami ku sangup tunggu aku walaupun dah kahwin aku nak belajar.harap die paham cita cita yang aku impikan selama ini.

Wednesday, 18 July 2012

blog: saya membosankan :'(

Assalamualaikum wahai blog blog sekalian.dah lama tak update blog ku ini.maaf menghilangkan diri selama 2 bulan kerana masalah kesihatan yang tak mengizinkan ku mengupdate blog.so sudah 2 bulan aku menghuni Hospital(rumah baru) zzzzzz - -"
So aku jaga mak yang sekarang sakit.doa doa kan la ea mak ku sihat.so aku tak ada topic nak cer at korunk cuz otak aku sakit.umm apa boleh buat dah sakit semua nak update dh hilang kiki sebenarnya aku rindu kan buah hati ku khalis.lama betul aku tak bermanja dengan die.nak bergurau pun dah tak sempat.die asik kejar masa je..kekadang rasa sunyi jugak die macam tu.hurm apa boleh buat,terima je la..aku pon tak boleh paksa paksa die.k la aku pon tak nak update sangat otak sakit skunk.waalaikumusalam ada sikit ayat untuk korunk ku sedia kan k enjoy tau


coba genggamlah tanganku
n biarkanlah diriku
menjagamu hingga kau terlelap
ku kan menunggu dirimu
karena kau sangatlah berarti untukku
mungkin ku terlalu
mencintaimu,



Akibat nila setitik,
rosak susu sebelanga.
Akibat tengok awek cantik,
kamu sampai lupa dosa hingga mulut ternganga.:O

Wednesday, 6 June 2012

Mak semakin teruk

Mak aku semakin teruk.sekarang mak tak blh bernafas dgn normal.perlu dibantu dgn oxygen.buah pingang mak hari tu masuk doc cakap overlod(lebih air)tetibe je pegi buat EKO and doc cakap buah pingang dah kering and mengecut.mak sekarang kerap kena sesak nafas.bila kena macam nak habis nyawa aku tengok.aku sedih mak dibuat macam"ikan"cucuk sana-sini.aku tahu mak rasa sakit.mak dah banyak berubah..mak dah tak blh jalan,bercakap,ketawa,begerak sikit mesti sesak nafas.aku takut mak pegi.nanti tak ada orang yang nak urut bdan aku,basuh rambut aku,beborak dgn aku bila aku tak blh tdo malam,nanti tak ada orang nak gelak ketawa dgn aku bila tengok tv.walaupun mak selalu marah2.aku tolak tepi je.cuz mak tetap mak.aku dgn mak selalu berborak malam2,ketawa.tapi mak dah tak blh cakap,ketawa,makan,sejak akhir2 ni mak selalu suruh aku urut belakang dia.kalau ada masa aku upload gambar mak ok.hanya untuk kenangan waktu yang akan berlalu dgn pantas.sekarang aku jaga mak seperti mana 17tahun yang dulu mak jaga aku macam ni.terima kasih mak.

Monday, 4 June 2012

Dosa dan pahala perkhawinan

Kahwin??nama yang tak asing lagi bagi semua masyrakat.bagi islam kahwin atau nikah adalah satu pahala.kahwin ni bagi aku bukan mudah dan bukan seperti"baca surat khabar hari ni,esok buang".perkahwinan perlu komitmen yang tìnggg.aku nak perkahwinan aku sampai ke taman-taman syurga.bila dikatakan perkhawinan mesti memerlukan masa untuk menesuaikan diri dgn suasana baru.jika tersikap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun org kata perkahwinan ni adalah suatu pahala.tengok muka suami atau wife pun dah dapat pahala.jika wife tak jaga aurat dan sebagainya,si suami la yang menanggung dosa wife tu.kalau tinggi suara dpn suami pun tu dikira dosa.tapi ni semua korunk compom dah tahu kan?if macam tu maksudnya aku pun not ready to get married.si suami perlu la bnyk ilmu.ilmu ape?ilmu silat?ilmu karate?hehe tak-tak si suami mesti la tahu ilmu bagaimana mahu melayarkan bahtera rumah tangga.family macam mana korunk nak?family berciri-ciri kan islam?atau family yang berciri-ciri islam pada nama je?so up to u all.

Saturday, 2 June 2012

Mak aku lalui hari-hari tua nya..

25/5/12 mak aku masuk hospital melaka.mak aku pesakit buah pingang,paru-paru berair,and jantung bengkak.aku sedeh lìhat mak yang terlantar di katil keseorangan menanggung kesakitanya.ini adalah hari penghapusan dosa-dosa dia.segala nikmat allah tarìk.dan allah akan kembalikan nikmat itu kecuali die tak akan kembalikan dosa kita.aku tengok mak ni sebagai aktibar bagi aku yang masih sihat dan ada kekuatan allah beri.semoga mak tabah lalui dugaan allag s.w.t. Amin..