for my sayang
Friday, 31 August 2012
Masyitah Pelayan Firaun
Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannyatelah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah danmemperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dandibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapatbeberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya SitiAsiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan rajadan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Mereka terpaksamenyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akandiganggu.Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salahseorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengantidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabilamendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itutetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah ituadalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu.Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selaindaripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telahmemerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dankaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidakmengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat,Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usulperiksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnyatetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dadamenerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhatiperut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakansebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yangingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun.Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seoranganaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata duasama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yangberisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminyatetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhanyang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yangmendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hammanmencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknyaterkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggalMasyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihatanaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mularagu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurgasedang menanti kita".Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayiitu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersamaanaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah merekasekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allahdatangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitahdengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun danHamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnyaditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir.Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagiadi dalam syurga.Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuahmakam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.wbertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "ItulahMakam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulahkeistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dantubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia.Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini.Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalammembangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hatidengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dansematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi darisegalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak denganIslam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilahsama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawakeluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita inginmengikut jejaknya ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment