for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Friday, 19 July 2013

:)

assalamualikum. hai , lama tak update blog. 
saya bosan tak tahu nak buat apa. 
hari tu keluar pegi Masjid jamek ingatkan nak beli kain2 untuk buat tudung tapi kain kat situ mahal..sebanarnya ada je yang murah2 tapi tak larat nak jejalan area sana.sesak ramai sangat manusia :D
tapi alhamdulilah saya dapat beli kain di wangsa walk ada Nagoya. murah and selesa sangat...saya ni macam nak promote je ea hihi tak apa alang-alang dah menuliskan..
saya sekarang still mencari jalan hidup yang indah. still mencari ketenangan hati.
sekarang saya baru perasan perubahan dalam diri ini. dulu saya tak menutup aurat, lepas kenal orang2 bertudung, saya mula menutup aurat sedikit,mula mengenakan scarf/tudung. mula mengubah pakaian saya,dunia saya. baru saya terima yang dulu itu bukan dunia saya, tapi hari ini,adalah dunia saya,islam adalah dunia saya, masa balik malaysia saya hanya islam pada ID sahaja bukan islam dari hati.
bila dah mendalami islam baru saya tahu islam indah dan saya bersyukur sangat saya adalah MUSLIMAH ISLAM. 
dari saya umur 13 tahun,ini la yang saya cari sebenarnya... saya mencari hidayah dan jalan pulang...
sekarng saya sudah temui jalan itu.. dan takkan sia-siakannya..
dulu saya nakal. 
lepas berubah kerana allah s.w.t saya cuba pakai pakaian yang melambangkan saya,dan melambangkan saya adalah muslim.
mula2 saya hanya berbaju kurung,sekarang berjubah,dulu saya pakai tudung singkat,now saya bertudung labuh,terus terang saya tak penah berasa setenang ini.. tanya la macam2 tudung saya penah pakai,tapi waktu saya menyarung tudung labuh ini hati saya bergitu tenang...selepas beberapa bulan saya memakai tudung labuh,saya mula banyak bertanya dan meminta pendapat ustaz dan ustazah,sebab saya nak mula berhijab.
dan dengan izin allah s.w.t saya sudah pun mula berhijab.
saya berhijab tanpa pengetahuan keluarga. sebab saya takut mereka takut akan apa yang saya guna.ialah kita xboleh aspect semua orang akan terima kita.saya berniqab di kuala lumpur tapi bila balik kampung saya buka. tapi sampai bila saya mahu sembunyikan...
selepas semester ke 5 ni saya berterus-terang pada ibu tercinta saya bahawa sebenarnya saya berniqab dan alhamdulilah ibu memberi respon yang baik . buat masa ini hanya ibuu akak dan abang saya sahaja yang mengetahui saya berniqab, abah masih lagi tak mengetahuinya kerana abah jarang pulang. siang malam saya berdoa moga mereka terima perubahan saya.
memang susah untuk berubah. ramai yang menghina,melemparkan kata2 kasar ke atas diri ini.tapi berkat sokongan sahabat2,ustaz dan ustazah dan dengan izin allah s.w.t saya tabah melalui jalan ini.
gelaran-gelaran yang tak enal didengar pun ada jugak seperti "bagus sangat ke kau sampai jadi macam ni,baik sangat ke,ustazah ke''
gurau senda ini saya ambil sebagi semangat untuk terus berubah.tipu kalau saya tak kata perit dan sampai menitis air mata disaat kata2 itu di lemparkan.
saat saya nak belajar solat dulu sangat sadis.
saya pergi ke masjid niat nak solat tapi saya tak tahu 1 pun huruf untuk baca dalam solat,saya duduk di masjid dan menagis seorang diri kerana benda yan wajib saya tak mampu lakukan, hina nya... sampai nak sujud ke pencipta sendiri pun saya tak reti. 
masjid ini la yang menjadi saksi air mata ini menitis untuk sujud pada pencipta. ini sahaja la kisah saya, dari secebis kain tadi membawa ke cerita realiti saya sebagai hamba allah yang daif :) 


No comments:

Post a Comment