for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Monday 23 September 2013

diri ku 2013 dan bakal 2014

assalamualikum w.b.t apa khbar kalian semua.
alhamdulilah selepas "down" dengan cinta,cinta yang haram,cinta yang melemahkan iman. sekarang daku bangkit mencari keredhaan ilahi dan mencari cinta ilahi. ini la daku 2013 alhamdulilah ini semua kenangan daku bersama sahabat. mulakan cinta baru,cinta pada pencipta.

di foodcourt menjamu selera

mencari baju untuk role play and compition

R4BIA

hihi

PEACE FOR PALESTINE!

labuhkan jibab mu muslimah


kenangan bersama kak linda, kak finas, kak fatin

on the way to sepang untuk observe kindergarten

SMILE!

membeli belah


walaupun sibuk, still luangkan masa untuk photoshoot. . #practice

Saturday 21 September 2013

Pengalaman pertama berniqab

Pengalaman pertama saya berpurdah,terhindar dari ganguan kaum adam, bila dilaluan yang sesak atau 1 lorong sahaja,saya akan diberi keutamaan, bila sy senyum orang akan balas bila tengok reaksi mata saya. Bila di kedai makan orang akan menunggu dan melihat saya untuk makan, saya berjalan orang akan melihat dengan rupa yang pelik, bila nak berinteraksi untuk beli barang orang akan teragak agak untuk berbicara dengan kita.itu la pengalaman saya seorang niqabis. InsyAllah saya akan kekalkan berniqab sampai la saya bernikah. Kalau atas arahan suami untuk saya membuka niqab, saya akan akur. Suami adalah Raja saya dan dia bakal Bidadara saya disana.

Friday 20 September 2013

Cahaya indah

Terdapat seorang insan asing yang muncul dalam zaman jahilia ku Dialah yang memberi cahaya harapan pada ku, dan aku akui aku amat menyayanginya . Tetapi, itu sebelum aku mengenali cahaya harapan dari Allah.
Kini , aku masih memyayangi insan itu. Namun, tidak melebihi dari seorang ahli keluarga. Ahli keluarga yang aku mahu bersama di Al-Jannah. . .salam ukhuwah

Friday 13 September 2013

Hari bersama Dr Sbrina

Assalamualikum,hari ni hari terakhir bersama sama menjalankan usrah junior apperintc.alhamdulilah dpt hadir pada jemputan ni,speaker hari ni Dr Sbrina seorang docter dan bekas lecture di kolej saya.ni ada sedikit coretan gambar bersama. Dan event di kami anjurkan kerana sekarang bulan ECSA untuk Childhood Education kami ada buat Flash Mob untuk spport gaza, egypt, dan syria

 

Tuesday 10 September 2013

CIRETERA BERUDUNG LABUH : Tidak TERTUMPU kepada aliran agama sahaja,. Sesiapa boleh memakainya  [Thums Up]


“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sains la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…” 

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. 
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" 

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… 

Iya walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaALLAH.
sekian.;D

P/s : Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...

Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin :) Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

Apabila kita diberi UJIAN samada yang BAIK mahupun BURUK, MUDAH atau SUKAR, GEMBIRA atau DUKA. INGATLAH, semuanya dari ALLAH. YANG TIDAK BAIK itu adalah KIFARAH dan yang BAIK itu adalah NIKMAT dari-Nya dan UJIAN dari-Nya untuk melihat TAHAP KESYUKURAN sohabat-sohabat. PERCAYA atau TIDAK, itulah REALITINYA (=


when I started wearing niqab

Bismillahirohmanirohim

Assalammualaikum w.b.t..
Apa yang saya coretkan disini adalah sekadar perkongsiaan..tidak pnh timbul paksaan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Mungkin ada juga yg kata "ala pakai niqab kira da abis baik la ye?" . Bukan begitu saudara seIslamku.. saya cuma ingin mengikut syariat agama sebaik2nya.

Secara lazimnya,tudung labuh dn niqab hny sinonim dgn ustazah2 shj. Kalau tak namanya ustazah lalu btudung labuh trus saje dilabel 'pelik'. Blm lagi bniqab..jalan sana jalan sini org pandang macam "Alien" agaknya.. asing sgt trasing.. pakaian bniqab lansung tk blh disebut budaya di sini.. sbb rata2 pemakaian kita dipengaruhi fesyen dari barat. Maka jika bniqab tentulah anda antara yg trasing. Dan org yg niqab sering dianggap mereka yg tinggi agamanya.. lalu apa tuntutan bniqab sbnrnya?

saya bukan dilahirkan dari golongan muslimah bniqab. Masa silamku ttg bhijab bkn sesuatu yg saya banggakan. saya tak trus bniqab..saya pemakai hijab seperti biasanya. Bila saya berubah ramai yg bertanya dari mana dtg kekuatan sbnrnya? Kekuatan itu dtg dari Allah bmula dgn sekecil2 niat dri sebaris pertanyaan..kenapa ada wanita bniqab? kenapa? Lalu pd suatu ketika Allah detikkn dlm hatiku menutup itu adalah yg sebaik2nya. saya pnh terpikir utk btudung labuh tetapi niqab? saya hidup dlm msykt yg tak biasa dgn wanita bniqab. Lalu brbagai2 pertanyaan singgah di benakku.. kalau pakai agak2 apa org cakap ya? kalau pakai berapa lama blh btahan ye? Nak mula mmg nampak mudah tpi istiqamah tu mmg payah jugak.. saya turut merasa sebegitu.

Step 1 : mula2 bila timbul niat..saya trus cari jualan niqab online. saya order barang 3,4 pasang. Bukan nk pakai trus.. dlm hati saya bkata "nanti lepas kawin aku pakai la". Beli tapi saya simpan dlu. Tapi knp beli ye?

Step 2: saya bkn kata nk pakai sgt tapi pada suatu ptg yg baik atas rahmatNya Allah.. saya tarik secebis akhir lilitan selendangku ke wajah. Satu macam perasaan saya rasakan. Kenapa wajah yg cantik nk ditutup pula? Panas pulak tu. saya turunkan kembali. saya istighafar. Syaitan sedang berusaha membisik ke naluriku.. "jgn..PANAS.. RUGI OHH.. " saya angkat kembali selendang tu letakkn kembali ke wajah dan saya pinkan. Nah..siap sudah. Alhamdulillah.. ini la kebesaran Allah dlm mnjaga hatiku.

Step 3: skrg nk ubah cara penampilan..tk blh tabarruj. lens tak blh pakai. mata jgn celak lebih2. sbnrnya bniqab ni mudah. Islam tu mudah. tak perlu mekap2 sbnrnya.. pakai la bedak dn sdkit celak mata.. pakai hijab dn niqab. selesai sudah bhias dlm cara plg mudah lgi indah.Allahu Akhbar..nak solat lagi mudah. mekap tk tebal pun. Tapi Allah bgi ujian lagi. Pnh saya nk keluar rmh tk bniqab. Hati jdi brbelah bagi sekali lagi. Astargfirullahalazim.. apa yg saya pikir ni? saya mengucap dn istighafar..kumpul balik kekuatan diriku. Alhamdulillah.. di saat Syaitan membisikan "rugilah muka cantik sorok2"..saya Lillahi Taala melawannya.. pakai! pakai! jgn biarkn syaitan menang!! Lalu saya lekapkan niqab ke wajah.. Syukur! (saya mmg ada niqab bekalan masuk dlm hdbag)

Step 4 : Istiqamah la dlm pemakaian.saya niatkan kecantikan saya hny milik suami. Cukuplah si dia syg dan cintakan saya. Buat apa saya tayang wajahku lagi. Pakaian kena longgar dn tudung kena labuh. Redha di mata Allah tu penting. Jaga solat jaga akidah. Akhlak dn niqab kena seiring sejalan.. InsyaAllah..Allah bantu kita. saya yakin lagi percaya..semua ni tak sia2. Jangan lupa pergelangan tgn kena tutup.. stokin kaki kena pakai..itu aurat yg dilupakan..kesian kita ni.

Step 5: Tambah ilmu.. ujian tkkn bhenti. Banyakkn amalan..buat solat hajat mntak kekuatan diri..solat sunat taubat mohon dosa diampunkan.. Banyakkan membaca ilmu2 agama. Agak sukar tpi buat la sedaya mana. InsyaAllah..bantuan Allah itu ada.

Step 6: Mintak sokongan ini perlu.. bersahabat dgn mereka yg menutup aurat. .yg pandai agama.Mudah2an kita trikut sama. Alhamdulillah

Step 7: Betulkan niat.. takut riak kita tk trbendung. Maka saya amalkn bila keluar rmh niatkan "Sahaja aku bniqab adalah kerana Allah Taala". InsyaAllah nnti Allah lindungi kita..dn hati kita. Mudah2an. saya sekadar bkongsi pengalaman. Bagi yg mencari kekuatan.. kita blm trlambat. Kita mahkluk Allah byk kelemahan.. Setiap hari kita harus berusaha menjadi lbh baik dn moga2 Allah menerima ibadah kita. Amin.

(when I started wearing niqab)

oh bulan

assalamualikum blogersss, whatsssuupppzzz guys!
hari ni saya busy sikit but still have time buka blog sebab ......... tak ada sebab kikikiki.
tadi saya lalu di busana pengantin. masyAllah indah indah semua baju tu, dalam hati terdetik, "bila la masa aku nanti,baju macam mana aku nak sarung, macam mana nanti aku  nak gayakan" hihihi
nak tergelak pun ada..  time dok membelik belik baju di luar cermin butik tu.ter nampak pula baju pengantin muslimah ni. menawanya masyAllah terpegung,kaku melihatnya...  mmg teringin sgt nak pakai macam tu utk hari pernikahan. Moga Allah permudahkan. Cantik sgt di mata saya,sangat bersederhana dan menawan