Bismillahirrahmanirrahim..
Rata-rata kini boleh kita lihat, ramai yang meletakkan gambar di laman-laman web sosial terutamanya wanita. Tetapi, sejujurnya saya tidak menggalakkan para wanita muslimah meletakkan gambar-gambar mereka di laman web sosial ini tidak kiralah samada dia berpurdah, tutup aurat, sopan, atau sebagainya.
Mengapa?
1.Bisikan syaitan. Saya yakin, taktik-taktik yang digunakan syaitan laknatullah pada kita sama sahaja. Mula-mula perempuan letak gambar kononnya tujuan asal nak bagi orang kenal la, nak share aktiviti la, nak tunjuk cara edit gambar la, macam-macam. Lama-lama gambar tu dah ada pelbagai gaya posing yang tersendiri. Walaupun berpurdah, gambar yang diambil begitu dekat dan jelas. Hairan, kalau di luar kita tak betah membiarkan diri kita dilihat sewenang-wenangnya, tetapi boleh pula kita biar orang lihat kita di foto-foto?
2.Gambar yang menipu. Dengan cara mengedit-edit gambar menggunakan pelbagai software, orang yang tidak lawa pun boleh menjadi lawa. Jadi segalanya tampak indah dan cantik. Sedangkan perempuan pun memuji-muji kecantikan kaum sejenisnya, apatah lagi lelaki?
3.Timbul rasa riak. Wah, dah la cantik, berbakul-bakul pujian diterima. Tak usah tipu, sedikit sebanyak hati rasa bangga dengan pujian yang diterima. Nah, niat asal nak letak gambar konon nak share aktiviti ke apa dah jadi lain. Hati rosak bila riak dengan kecantikan diri sendiri. Bagi yang berpurdah,atau bertudung labuh, bila dipuji, kita rasa seronok dan rasa bagus dengan diri kita. Aduh, habis amalan kita. Di mana keikhlasan??
4.Pujian yang menipu. Kita menipu, ya. Tipu untuk mendapat balasan yang serupa. Kita puji gambar orang tu, kemudian pujian kita pula nanti akan dibalas semula. "Comelnya awak!" "Awak pun comel juga" kalau islamik sikit yang banin (budak-budak lelaki) tambah, "Subhanallah..cantiknya ciptaan Allah" Di mana maruah kita?
5.Menarik perhatian lelaki. Ketahuilah wahai para muslimah yang dikasihi, wajahmu yang terpapar di skrin komputer mereka, amat menganggu mereka. Sedangkan yang perempuan pun boleh terbayang wajah-wajah sahabat, apatah lagi lelaki? Aduhai, bersalahlah kita kerana melalaikan hati mereka.. apa kita nak jawab dengan tuhan nanti?
"siapa suruh tengok?"
"kenapa letak di tempat umum?"
6.Menimbulkan fitnah. Fitnah yang macam mana? Mungkin kita ini terlibat dalam usrah, jemaah tertentu dan sebagainya. Kita nasihatkan orang menundukkan pandangan, menutup aurat dengan sempurna, tetapi kita sendiri berposing2 dalam gambar. Jadi, perkataan kita tak selari dengan perbuatan. Disamping menjatuhkan kredibiliti kita sebagai agen dakwah (yang mana menjadi contoh kepada orang lain) ia membuka jalan yang menampakkan kelemahan kita.
7.Foto dicuri. Ha, dah letak tempat umum, memang mudah sahajalah orang nak ambil gambar kita. Kalau dia nak sebarkan gambar tu dan dakwa gambar itu kononnya gambar dia pun boleh. Senang sahaja gambar dipersalah guna.
8.Tambah dosa. Ada juga yang di luar bertudung, tetapi di fb turut pamerkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Contohnya, tidak memakai tudung, pakai baju lengan pendek dll. Malah, ada juga yang bertutup litup seluruh tubuh tetapi cuai pada aurat lain seperti kaki.
Dan mungkin, banyak lagi perkara yang tidak menyenangkan bila foto-foto muslimah diletakkan di tempat umum sebegini rupa. Mohon maaf saya hulurkan, tetapi ini adalah antara perkara yang sudah terlalu lama menghantui diri saya dan, saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Perit rasanya bila terlihat ada sahabat-sahabat yang diumpat. Tetapi kalau kita sendiri yang buka jalan dan peluang untuk diumpat, salah siapa?
(no comment)
Salam ukhuwah dan salam sayang. ^__^
No comments:
Post a Comment