for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Monday 23 January 2012

The Purpose Of Love In Men

Tumblr_ly4knx30xx1ql56odo1_500_large




CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui: Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia. Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya. Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya. Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap. Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri. Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya. Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan. kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri. Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri. Lega apabila pasangan memujuknya. Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri. Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS). Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

No comments:

Post a Comment