for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Sunday 22 January 2012

Taubat Mu

Diriwayatkan bahawa Nabi ALLAH Adam A.S telah berkata, 

"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W 



empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi 



Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada 


Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat 


Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T 


memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah 



memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat 


derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku 



dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah 


akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah 


S.A.W

No comments:

Post a Comment