for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Sunday 21 April 2013

Adakah daku akan ke jambatan ini?

Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat hendaklah percaya bahawa SETIAP MANUSIA pasti akan melalui jambatan yang diciptakan khas oleh ALLAHU A'ZZA WA JALL untuk kita melaluinya. Tiada seorang pun yang akan terlepas daripada melalui jambatan tersebut! Pada jambatan itu terdapat pelbagai sekatan, suasananya GELAP HITAM dek hangatan API yang memancar dari NAARU JAHANNAM! Panjangnya beribu² tahun perjalanan, kecilnya lebih kecil dari rambut, tajamnya lebih tajam dari mata PEDANG..! Jambatan ini letaknya di ATAS API NERAKA..!
*segalanya bergantung pada keimanan dan amalan seseorang.

FIRMAN ALLAH TAA'LA mafhumnya :

Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zhalim didalam neraka dalam keadaan berlutut." (Surah Maryam : 71-72).

p/s : YA ALLAH!...entah lepas entah tidak kita hamba yang JAHIL lagi BERDOSA ini...LINDUNGILAH KAMI YA ALLAH...! ='(

No comments:

Post a Comment