for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Saturday 20 April 2013

Malam yang indah

21.4.2013
assalamualikum ku sapa pada pembaca-2 blog sekalian..
hari ini ku  terasa letih sangat.
terasa seperti memikul kayu-2 balak pula.
hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan..
aku terasa masa berlalu dengan pantas..
rambut ku semakin hari semakin berkurangan...
setiap hari sehelai demi sehelai rambut ku jatuh menyembah bumi allah s.w.t..
pengelihatan ku semakin kabur,seperti orang yang rabun.
tubuh badan ku terasa sakit-2.seperti ada seribu jarum yang cucuk kulit ku.
dahulu aku digelar 'montel' comel' tapi sekarang tidak lagi..
jari jemari ku terasa kebas..jasad ku bagai berada di kutub utara.
dan mula membiru seperti biru lautan..
bibir ku pucat,seperti orang yang dah lama mati.
pergerakan nafas ku mula perlahan dan aku semakin sukar bernafas.
percikan air peluh membasahi dahi ku.
tekak ku terasa kering..sudah berbaldi aku minum air.
kepala ku terasa sakit yang teramat...
aku melalui detik-2 selama 3 bulan dahulu.
aku mual-2,pitam,sakit perut yang teramat.peluh mula mambasahi baju ku.
aku seorang yang degi dan susah mahu makan ubat .
aku berserah..................
aku pergi ke klinik dan mendapatkan rawatan docter.
docter mengesahkan aku salah seorang penghidap penyakit ****
docter itu berkata,tidak sepatutnya remaja berusia muda seperti aku menghidapi penyakit ini.
penyakit yang mampu membawa jasad aku ke keadaan yang lebih serius.
allah menguji aku dengan cara bergini...
aku dengan lapang dada dan redha atas apa ujian yang allah beri aku terima.
 allah tidak akan menguji hambanya,kalau hambanya tidak mampu mengatasi ujian iyu
aku sungguh bertuah....terima kasih ya allah keran beri ku kesempatan :)

No comments:

Post a Comment