for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Tuesday 31 July 2012

kegelisahan bakal ayah.

Nak dijadikan cerita ada empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

 

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua”.
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

 

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation” kata lelaki yang kedua.

 

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

 

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

 

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven

aku pun insan yg lemah.aku pun mcm ni ke?

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

(1) Suaminya.
(2) Ayahnya.
(3) Saudara lelakinya.
(4) Anak lelakinya.

 

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

Sahabat

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

(1) Tegur dengan tangan jika terdaya.

(2) Tegur dengan mulut jika terdaya.

(3) Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…

Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…

Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah

Aku wanita yang mempunya rahim.

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…

Saturday 28 July 2012

got chaa!!

(1) - sye nak cakap sesuatu kat awak. tgk no .5
(2) - Jawapannya tgk no.11
(3) - Jangan maraa ea.. tgk no . 15
(4) - bertenang, jgan marah, tgk no.13
(5) - Tgk no.2 dulu.
(6) - Jangan Maki Hamun, Tgk number 12
(7) - sye just nak cakap, yang saya sayang awak semua
(8) - Ape yang sye nak bgtau awk ialah. TGK NUMBER 14
(9) - Sabor ya, tgk Number 4 dulu.
(10)- pergh, ni last sye buad mcm ni. tgk number 7
(11)- Harapny awak tak marah kat saya bile sy kta tgk no.6
(12)- Maaf, tgk number 8
(13)- Jgn marah-2, tgk No 10
(14)- sye tak tao mcm ne nak ckp ni, tp tgk number 3
(15)- Awak mesti marah gila pnye kan, tgk number 9

Friday 27 July 2012

Kepada Bakal Suami ku

Boleh ke awk mencintai saya hingga ke tua?boleh ke awk mencintai saya tanpa rahim saya?boleh ke awk mencintai saya hingga saya membenci awk?boleh ke awk mencintai saya tanpa mata saya?boleh ke awk mencintai saya tanpa saya dapat mendengar luahan kata kata awk setiap hari?boleh ke awk menjaga saya yang berkudis satu badan?boleh ke awk mengelap badan saya yang penuh dengan nanah,darah merata rata,berbau busuk?boleh ke awk menjaga saya dan melayan kerenah si cahaya mata awk dalam satu masa?boleh ke awk menerima saya seadanya?boleh ke awk berkorban demi saya?boleh ke awk gadaikan segala yang awk ada untuk megubat penyakit saya kelak nanti?boleh ke awk bimbing saya?boleh ke awk meluruskan jalan saya yang"berliku liku" ni?boleh ke awk mencintai saya jika saya tak dapat memberikan awk khalifah allah?boleh ke awk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang terbaik?boleh ke awk membimbing/menjaga/mengajar cahaya mata awk jika tanpa saya berada disamping awk?boleh ke awk memikul semua tu wahai bakal suami ku?lengkapkan la ilmu didada dan belajar la dari org yang lebih awal makan asam garam hidup berumah tangga.supaya kita tidak sesat dan tidak terumbang ambing dalam meneraju masjid yang bakal kita bina.kita bakal punyai cahaya mata dan bakal menjadi ibu dan ayah mereka.banyak cabaran akan kita lalui bila mereka lahir melihat matahari dan kita akan membesarkan mereka dengan kasih sayang.pelbagai cabaran yang bakal allah s.w.t beri selama kita menunggu mereka dewasa.wahai bakal suami ku,ingatlah kita adalah hamba-Nya yang berakal.pikirlah secara berakal supaya masjid yang dibina tidak runtuh dek fitnah org,ketidak sabaran kita menjalani liku liku berumahtangga.hanya itu sahaja yang mampu saya bakal isteri awak meminta pada awk wahi bakal suami ku yang tercinta.

Fitrah aku sebagai seorang wanita

Wanita memiliki kelembutan untuk mudah memberikan kasih sayangnya... maka gunakan kelembutan itu dalam melunakkan kekerasan... Jadilah wanita muslimah yang hanya menebarkan kebaikan pada sekitarnya, bukan keburukan yang menyebabkan banyak orang tergelincir dalam perbuatan dosa... Jadilah wanita yang kuat dengan ujian2 yang Allah sematkan padanya, walau terkadang airmata itu harus tumpah, darah pun terkadang mengalir...
dan jadilah wanita yang tegar hatinya bersama aqidah yang benar dan akhlak yang mulia....
karena dari rahim kita kelak InsyaAllah akan terlahir anak2 yang sholeh dan sholehah...

Aku Terus Berdiam Dan Menyepi

Selembar hati mencatat nama mu

Bintang bintang terbentang berkelip dan terselip
Nampak cantik
Seperti Nampak bidadari bertongkat peri
Saling berebut pandang
Mendekati
Aku hanya diam… diam….diamlah aku
Begitu malam lengang
Aku bangun dari kubur ku
Menelusuri malam
Merebut cahaya gemintang yang sunyi
Menyendiri
Dalam paduan warna cahaya
Cahaya diatas cahaya
Dalam pelukan cinta
Engkau, cinta itu

Lalu ku catat pada rembulan purnama
Agar engkau menanti setibanya
Dalam pembaringan diatas titian mahkota
Engkau ku peluk
Dalam sajak
Dalam puisi
Dalam diam yang hidup
Dalam hidup yang diam

Lama kemudian
Angin semakin membalut rasa
Neon-neom warna warni membalut warna kota
Di hati ku hati yang membutuhkan mu
Dalam mengharap perpaduan cinta
Di bawah langit ridho-NYA
Dan setelah itu
Menyatu dalam wajah semu


Dalam selaksa dada ku

Thursday 26 July 2012

hati ku

nasehat bagimu wahai hatiku...dengarlah!!

nafsu manusia tak mungkin berhenti pada satu titik tertentu dalam mencari kenikmatan, tatkala telah mencapai yang satu, ia masih haus dengan yang lain. akhirnya, umurnya habis begitu saja, badannya menjadi lemah, kehormatannya terpuruk, namun masih juga belum sampai pada apa yang ia inginkan.

sedangkan di dunia ini tak ada hakikat kenikmatan yang sebenarnya, yang ada hanyalah istirahat dari rasa sakit...

lalu kehidupan dan kesenangan hakiki kau campakkan demi sesuatu yang pasti akan kau tinggalkan??
bukankah ini adalah kebodohan di atas kebodohan??

sadarlah engkau wahai hatiku, kemana kelak kau akan kembali.....T_

Story About Us selama 9 bulan

CINTA SEJATI
MENDENGAR APA YANG TIDAK DIKATAKAN 
MENGERTI APA YANG TIDAK DIJELASKAN
SEBAB CINTA ITU TIDAK DATANG DARI BIBIR LIDAH ATAU FIKIRAN MELAINKAN HATI...♥♥♥


ary ni..ak deman..but,,awek ak slalu care n ambk berat..bertuah ase.."tq cyg"




Masa bersilih ganti untuk aku menunggu pinangan mu Namun,tiap kali aku bersuara kau dan alasanmu kian mengoyahkan pendirianku ku sedar matlamatmu adalah jernih Sedangkan aku,bagai menunggu awan menyembah bumi kali ini,masa semakin suntuk untuk aku mengikat janjimu Mungkin bukanlah kuasa kita menentukan jodoh ini aku berserah,tawakkal akan ketentuan ini kenangan cinta kita akan ku tanam,nilah cinta,,if nk dpt sesorang yg kita hendak..tk semestinya senang..namun pergorbanan ak,,akhirnya tercapai dengan segunung kesabaran..engan awek yg tulus ak syg,cz dye je tmpt ak mngadu or gembira...tq sayang


Kalau dah tertulis bukan untuk kite..bt laa cam mane pon mmg bukan milik kite jgak..Sekejap je mase berlalu,,:Oalahai. .
dlu bukn men lg kol aq ngdu la. .
aq snggup dgr isi hti kau tu. .
geram plak aq dgn kau tu . .
haish. . =,=!!!"kadang2 jela..time iza ak mai ngok dye...tp ak pon sme...kdang2 buat dye angin..."
sooray syg..hahahaha

Saya akan Beri Yang Terbaik.. Tapi sy tk nk Menghampakan awk Kerana Untuk pertahankan  Hubungan Kita Hanya Saya Yang Berjuang Bermati-matian.. Dan  Sedikit Pun Tidak Pernah berputus asa.. Apa Yang Saya Betul- betul Harap Suatu Hari awk Akan Sedar sy sngt berhak mendampingi awk Sebelum Semuanya Sudah Terlambat Untuk Kita

saya tak mahu jadi cinta pertama , atau kedua ataupon ketiga awak . tapi saya nak jadi yang terakhir . sebab saya nak jage awak sampi bile-bile :

.
walaupon dye ad kalanya kasar..ia tidak mematahkan cinta kami..sikap tersebut
boleh mngigatkan kami..supaya lebih berwaspada...

'malan ini..ku rasakan sesuatu yang amat aneh...wanita yang ak syang..                                                                                                           tiba2 menjauhi diri daripada ak...
ak cuba memujuk dia...bkali2 kali ku cuba..namun,,ak masih tidak gembira..                                                                                            ."tanpa senyum dan tawa daripada dia'

"YA ALLAH"..adakah ini satu dugaan yang di berikan kepada ak..
namun ak ku harungi saat ini dengan hati yang tenang...

ak kan cuba pertahankan hubungan in dengan sebaik-baik nya..
ak berharap agar.."hari ini lebih baik daripda smalan"...

iza...snyumu amat ak harapkan agr,,snyum tawa kita selama ini,,dpt bertahn...
itu saja yang mampu ku harapkan dripda mu....

luahan in,,sedikit sebanyak membuatkan ak tenang....
kebaisaan nya.."rokok" menjadi tempat ak melepaskan psaan..

namun hari in...ak mningalkan nya kerana kamu...
dan "blog" ini..menjadi tempat ku melayan perasaan..

itu sahaja dpt ak luahakan....
tq cz everthing.

Wednesday 25 July 2012

ping bbm

PING !!!‎​. PING!!!‎​‏​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​



PING!!!‎​PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​PING!!!‎​
\=D/

PING!!!‎​PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​ PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!PING!!!‎​
\=D/

PING!!!‎​PING!!!‎​PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎​. PING!!!‎​
PING!!!‎. PING!!!‎​
PING!!!‎PING!!PING!

♡ ♡ ♡ ♡ ♡ ♡ ♡ ♡ ♡

mengapa tangan kau lepaskan,setelah hati ku kau tawan,pulakan la hati aku

Tuesday 24 July 2012

aku yang jahil beragama

BerTUDUNGlah walau
TERPAKSA.
SOLATlah walau
TERPAKSA.
PUASAlah walau
TERPAKSA.

Kerana KEWAJIPAN
itu memang
KADANGKALA sifatnya
TERPAKSA..

Dari KETERPAKSAAN
itu,,
Perlahan2 kita akan
menemukan HIKMAH
dan,,
AKHIRNYA HATI kita
menjadi IKHLAS
keranaNya..

Kalau nak TUNGGU
IKHLAS,,
SAMPAI BILA nak
tunggu baru nak
berIBADAH???..

HIDAYAH perlu DICARI,,
BUKAN DITUNGGU..
Macam MAKANAN,
kalau tak suap,,
Ia takkan masuk ke
dalam mulut.

Monday 23 July 2012

aku ditiup kembali ke tempat asal ku

Ku hanya mahu pelukan itu kembali sedia kala..ku hanya mahu berada dalam dakapan kau dan sentiasa hangat bila ku sedar dari mimpi ku,kau masih memeluk ku...bila hati ku mencintai kau.hanya senyuman mampu kau balas pada cinta ku.beri la ku sedikit tapak untuk aku mendirikan sebuah "rumah cinta"untuk aku dan diri kau juga.aku sedar aku meminta minta untuk dikasihani,dan di belai oleh kau.aku hanya mahu perhatian dan kasih sayang kau pada rindu ku ini.aku cuma mahu kau dengar luhan rindu ku pada hati mu.aku"terlanjur" mencintai diri serta hati kecil mu,aku mohon kemaafan kerana mencintai diri serta hati kau tanpa meminta kebenaran.aku yang sepi menanti setia kepulangan dan ke ikhlasan hati kau mencitai ku.aku mengharap allah akan beri kau hati dan wanita impian kau.dan aku hanya sampah yang di tiup angin,di bawa melayang layang dan aku tak pernah singgah di hati org macam kau.aku sampah yang di bawa angin terbang ke satu hati ke satu hati yang lain,tapi aku tak pernah singgah di hati org macam kau.dan aku sampah yang di bawa angin sentiasa mengingati hati kau yang pernah ku lewati suatu ketika dahulu.dan aku walaupun di tiup waktu di bawa angin sejauh berjuta batu pun,ku masih ingat dan keikhlasan hati kau melayan sampah seperti aku ini.aku hanya sampah yang kotor,kekotoran ku amat susah untuk dihilangkan.aku hanya sampah yang tiada upaya,yang lemah,yang sentiasa singah di setiap tempat/sudut hati kau.aku mohon maaf mengotorkan hati kau yang suci itu.semamagnya sampah seperti aku harus sedar di mana tempat ku yang selayak layaknya untuk bertapak membuah "rumah cinta"ku suatu hari nanti...dan aku tak lupa pada jasa kau dan ke ikhlasan hati kau melayan sanpah separti ku ini.Terima Kasih wahai manusia yang ku sanjung..aku tak akan lupa jasa dan kasih yang kau beri. Wasalam

coretan buat mu lelaki

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak…

 

Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah berbanding diriku.. Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA.. ?

 

Ketahuilah dirimu..Bahawa aku mungkin tidak sebijak Aisyah Humaira’.. Aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan menyebalkan.. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku.. Ingatlah, aku takkan selamanya dan selalunya akan kelihatan cantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana aku terlalu sibuk di dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita nanti.. insya ALLAH

 

Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan dari bekerja…maafkan aku wahai zaujku… Atau mungkin kau akan melihat diriku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tidak mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam..dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu…dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku.. kerana kau kekuatanku wahai suamiku..

 

Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku..Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku menangis dan marah yang tak tertahan.. kerana aku hanya wanita biasa. Ada masanya aku memerlukan tempat untuk melepaskan rasa hatiku.. melepaskan kepenatanku..dan yang aku perlukan saat itu hanyalah pelukan dan belaianmu.. kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala resahku..

 

Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak pernah habis.. Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka..bukankah mereka “our beloved little mujahid”? Hanya terkadang aku mungkin kehabisan cara untuk menenangkannya.. Maka aku minta janganlah kau membentakku saat itu kerana telah menyakiti buah hati kita… cukup dengan kau usap kepala memujukku… kerana dengan itu aku tahu kau menghargai semua yang telah aku lakukan untuk kalian.. maka, saat itu kau akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita.. dan aku akan merasakan ribuan kali sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada mereka..maafkan aku wahai suamiku..

 

Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku..

 

Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah.. Maka jangan pernah jemu membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih.. Jangan letih mengingatkan aku mendulang amalan-amalan sunnah.. Jangan pernah bosan mengajari aku.. membimbing aku ke arah-Nya… Bukankah kita telah berjanji untuk menjadikan pernikahan ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya..

 

Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku..Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat menghitam, mula menipis dan memutih.. Kulitku yang halus menegang kian kendur lalu tangan yang dahulu halus menjadi kasar.. Aku bukan lagi wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganlah kau berpaling dariku wahai kekasih hatiku.. kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke akhir nafasku… cintaku buat dirimu kerana Allah… semoga aku tetap menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti.. Sesungguhnya.. tiap hari yang berlalu…setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati dengan selalu mencintaimu.. kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini.. Jangan kau anggap aku wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku wanita biasa

Sunday 22 July 2012

hati ku ke meja kuliyah

Best tengok member dapat mencipta kejayaan.tapi aku stay at jalan yang aku pun tak pasti mana penghujung dan pemulaanya.hati ni nak sambung belajar.tapi apakan daya aku tak berkesempatan,bila melihat kawan kawan belajar,hati sedih je..haii bila aku pulak nak mengapai cita cita aku?agak agak aku dah ada anak 2 orang baru ibu dapat ijazah.umm aku tak ada rezeki or aku tolak rezeki ek?kekadang tertanya tanya diri ni siapa yang control.aku or orang lain.hurmm seronok je tengok bebudak study.tapi aku dok rumah cabut rumput hihihi tak pe la.rezeki belum sampai kot.insallah if allah betul betul nak bagi aku rezeki walaupun aku dah kahwin aku akan belajar jugak dalam bidang yang ku minat.aku just nak share perasan ku yang tak tentu hala bila pasal SAMBUNG BELAJAR.umm yang sayunya bila hari hari posmen hantar surat tawaran kolej yang aku impikan selama aku di bangku sekolah menegah lagi.tapi ada benda yang lagi berharga yang berlu aku kejar masa ni.semoga impian aku tercipta macam orang lain...amiinn semoga suami ku sangup tunggu aku walaupun dah kahwin aku nak belajar.harap die paham cita cita yang aku impikan selama ini.

Wednesday 18 July 2012

blog: saya membosankan :'(

Assalamualaikum wahai blog blog sekalian.dah lama tak update blog ku ini.maaf menghilangkan diri selama 2 bulan kerana masalah kesihatan yang tak mengizinkan ku mengupdate blog.so sudah 2 bulan aku menghuni Hospital(rumah baru) zzzzzz - -"
So aku jaga mak yang sekarang sakit.doa doa kan la ea mak ku sihat.so aku tak ada topic nak cer at korunk cuz otak aku sakit.umm apa boleh buat dah sakit semua nak update dh hilang kiki sebenarnya aku rindu kan buah hati ku khalis.lama betul aku tak bermanja dengan die.nak bergurau pun dah tak sempat.die asik kejar masa je..kekadang rasa sunyi jugak die macam tu.hurm apa boleh buat,terima je la..aku pon tak boleh paksa paksa die.k la aku pon tak nak update sangat otak sakit skunk.waalaikumusalam ada sikit ayat untuk korunk ku sedia kan k enjoy tau


coba genggamlah tanganku
n biarkanlah diriku
menjagamu hingga kau terlelap
ku kan menunggu dirimu
karena kau sangatlah berarti untukku
mungkin ku terlalu
mencintaimu,



Akibat nila setitik,
rosak susu sebelanga.
Akibat tengok awek cantik,
kamu sampai lupa dosa hingga mulut ternganga.:O