for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Friday 30 March 2012

Masa Depan Ku Ditangan Siapa Ek???

hari ni aq dapat surat tawaran sambung belajar lagi..blh di katakan tiap-tiap minggu surat tawaran sampai dalam pos box rumah.hati rasa kecewa sangat dengan keputusan keluargan and akak2..
aq confius dan dh xad semangat nak sambung belajar..cuz my mom nak suruh aq sambung belajr.tapi akak2 and abg say xpyah membazir masa dalam study lagi..
aq ni just nk sokongan dari family and aq skunk dh jadi macam tiang yang tunggu masa nk jatuh pada tempat yang tidak di ketahuinya..aq sdey cuz bila aq kemukakan cadangan aq mereka macam amk sambil-lewa je,hati ni hanya allah je yang tahu betapa sdeynya...
aq tau pe yang aq nak buat bila xsumbung belajar?
aq xtau pe bidang yang patut aq amk?
aq xtau sapa yang sokong aq?
aq xtau mana hala-tuju hidup ku ini? T__T
ya allah berilah petunjuk mu pada ku...aq ni seorang yang takut buat salah dan disalahkan.
aq ni seorang yang tidak tetap pendirianya..
pe la nk jd gan hidup ku ni ye???aduh sdeynya.......
better aq xpyah pikir sal study ni kot?cuz aq takut gagal lagi....hanya allah je tau perasaan ku yang berbelah-bagi ni..ayg,npe cyg jadi macam ni ye?pe la cyg ni bodoh sangat sampai benda kecik pon susah nak buat keputusan ayg?...ayg,cyg xtabah macam ayg sangka,cyg ni seorang yang lemah.....ummm (T___T)
ayg,cyg xtau nak buat keputusan cam ane lagi.cyg takut gagal lagi,cyg takut hampakan family,cyg takut salah lagi....

Masihkah Kau Ingat hahaha Gelak Je Aq Tegok Pic Ni Semua

Logo.jpg

 CIMG1271.jpg

ni Lab kami.tempat uji kaji



CIMG2268.jpg
see the macho man haha semua cover seh!



CIMG2288.JPG
my guru seni cumel je orangnya(cikgu marsilah)

CIMG2327.JPG
yang tambi tengah tu mmber aq prem namanya hihihi ni persatuan pengawas sek.
100_7638.JPG
the top tcher hihih
100_7708.JPG
ni cikgu favrot aq suka kacau cuz die ni xske marah and ske ketawa haha
CIMG2840.JPG
ni majlis bacaan yasin at sek 
100_7518.JPG
ni koperasi sek kami
100_7528.JPG
ni la tempat yang aq selalu kena lari 20 kali tim datang lambat (adoi)
100_7531.JPG
ada xmcam pintu nak kuar penjara jauhnya???
CIMG1274.JPG
ni anjung tempat kami sekawan lepak..dpan tu semua class budak terbaik haha


CIMG2290.JPG
ni cikgu yang ganas and seporting

CIMG2294.JPG

CIMG2356.JPG
see my kakak on the top sebelah kanan tu ni persatuan puteri islam
ni semua picture tahun 2003-2008 tau..ni semua senior aq hihihi..

 

Sunday 25 March 2012

hari ni RM35 Hilang

tadi aq kuar p beli barang..ternapak pulak tudung wane merah ad dot dot plak at kepale die.cumel tau..so xtahan ati ni tgk tudung tu so beli la hihihi
pas2 jalan2 lagi nampak plak baju wane putih!!(OMG)
so aq elak punya elak nk lalu sane cuz xnk p beli,abz akak masuk pulak kedai tu....so ati kate"beli je bukan mahal pon"hihi
so aq pon beli la..
Total semua baju and tudung tu semua RM35 Ringgit sahaja...
tegok pandai xaq membeli hihi tu nama nya oenguna bijak!! hahaha
lau korunk2 nak tau aq beli baju ni at ane.
t datang melaka p la at Korean Shop.
best2 baju and seluar die..buka setakat tu je...ada mcm2 ag..
so aq just nk pesan beli barang pape pon,beli la dengan cermat and hati supaya xmakan hati ok!! *__0
buka aq cakap xblh beli barang mahal,blh just pada2 la..jangan pakai borong je harga yang orang tu bagi..t kita yang rugi tau..aq lau nak beli barang mahal2 ni pon time duit penuh je..lau duit dh tahap"Zon Kuning"
sory p macam ane pon kedai aq suka..mengigil aq nak kuar an duit hahahaaha
buat masa skunk aq stay jaga duit and jage penampilan walaupun barang murah yang kita guna.aq xsegan pon cuz tu hak aq nak mahal or murah.orang nk kata,kata la ada aq kisah ker Jah??

see>>>

Monday 19 March 2012

Sarah Liyana - Kau Pergi Jua cover


hey guys ni kawan aq,akak sarah liyana life at singapore seorang singer yang baik and muka dia macam lisa surihani ok..last jumpa die at wedding sepupu die at melaka..miss u sis

accessori

0.365x365_large
comel kan ?


A371a025589a63d86a109184063e9156.image.283x283_large
uniqe kan?


Tumblr_m0ugzisjim1qf1i5po1_500_large
jam and gelang yang simple
Halu..ari ni aq nk share at korunk-korunk yang sama hobi gan aq ok..aq ni gemar mengumpul accessori,macam2 aq kumpul.dari atas rambut hinggalah ke hujung kaki tau.aq pantang tengok barang cam ni at mall,pasar malam and tempat2 yang pernah aq lawati hihi...


Tumblr_m12fgepr9g1qlu9ylo1_500_large
time aq happy aq guna warna rainbow
 


baru2 ni aq beli gelang jet warna hijau and cincin 1..cuz aq suka tegok warna dia yang hijau and uniqe.duit aq pon uniqe le haha tapi aq bab2 ni aq xkisah pon kuar sampai ratus pon aku xkisah cuz aq minat..
kalau aq ada free t aq snap lagi la pic at korunk2 ok?
Cute-dreamcather-feather-pearls-shells-favim.com-336458_large
ni yang aq suka tengok at mall and tepi2 jalan
 
Tumblr_m0pwu3ulle1r6srnjo1_500_large
ni yang paling simple if korunk nk p offic or hang out pon ok jugak 
bagi aq accessori ni amat penting bagi wanita yang suka kan pekara yang lain dari yang lain kankan?
aq suka pakai gelang jet ni gan baju hijau biru,seluah choklat pekat and tudung siriah arini warna choklat pekat jugak.so nampak cam lain kan?
lau pakai jubah jeans gan tudung siriah,aq suka pakai accessori yang simple macam jam ,cincin and kasut yang xtinggi sangat.
asscessori bagi aq amat aq sayang..sapa2 yang ambil tanpa pengetahuan aq.aq akan marah sangat2..cuz lau duit dgn accssori aq lebih pada accssori..
k la t aq post pic ok see yeah!

aku and akak

Friday 16 March 2012

Rupa tidak seindah khabar

"indah khabar dari rupa" begitu jugak "don't jugde a book by its cover"
wajah yang garang xsemstinya sifatnya pun garang..
begitu juga,wajah yang lembut mungkin sifatnya sebaliknya..
rupa atau luaran yang jelek.tidak semestinya perangai pun begitu.
munkin wajah yang bagus perangai yang sebaliknya kan?
bayangkan sebiji epal yan merah,rangup,kulit yang cantik dan belum tentunya baik..


yang ingin aku sampaikan sebenarnya ialah kenal dulu seseorang tu baik-baik,masak-masak and pasti korunk akan lebih bahagia..

petikan daru naisah syeik abdul kadir  al jailani
jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinlah bahawa dia lebih baik darimu.
ucapkan dalam hatimu:mungkin kedudukanya di sisi allah jauh lebih baik dan tinngi dariku"

Wednesday 14 March 2012

mean cinta kita

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya perut kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )



Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… 




Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.



Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.


Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.


Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"


Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"


Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."


SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.


CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."


SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.


CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."


Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.


Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.


Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."


Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.


Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.


Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...


SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.


SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.


CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut

SAYANG adalah hal memberi dan menerima

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

Zaman Kanak-Kanak Ku Yang Nakal Part 2 "..."

okey2 sambungan:
 dulu zaman kanak-kanak aku,aku dok rumah datok kat kampung..arwah datok aku ni garang gila-gila la.aku pulak ni nakal maklum la budak-budak haha,kat kampung best sangat-sangat cuz aku dapat main gan sepupu aku"fitri,arib,and budak-budak kampung semua.aku first2 dulu datang kampung xpenah main kat longkan tau,sepupu aku si fitri ni la ajar aku p tangkap ikan kecik2 tu apa nama pon aku xtau..rumah datok aku ada perigi air die sejuk sangat-sangat,so bila dh tangakap ikan guna tapis santan tu kita orang masukan dalam prigi hihihi best wehh...
rumah datok aku ada macam-macam pekakas tukang aku ni pulak rambang mata tengok benda tu semua so main amik jep...datok tau abis peha aku kena cubit!(sakit la tok).
aku gan akak suka panjat tingkap and pokok manga kat rumah datok cuz xada orang marah and datok xnapak pon aku panjat.lau nampak abs la aku and akak.!
datok kita orang suka buatkan boyan tau..(datok baik hihi)
tp datok aku baik ok,bila die balik kerja compom ada ice cream at tangan ea hihi ni yang aku suka.
datok aku dulu ada basikal yang besar and berat tu..lau kena hempam mampus xnafas haha
aku dulu and akak aku selalu main at tengah rumah and at serambi rumah datok.kita orang suka main lompat so datok tido at bawah rumah compom2 bising kan.so die dh xtahan hati die panggil la aku and akak aku,die kata"nak makan pisang tak?"kita orang yang sengal ni p la at datok..
and datok letak pisang at table with gam tikus har!!!!
die kata"nak pisang ke nak gam tikus ni"?kecut perut siot..datok nak lekat kita orang at pokok kelapa tau! SERAM!!
adik-beradik kami semua rapat gan datok..sebelum datok passaway datok ada bagi aku and akak piano..tapi  dh rosak mak buang jep umm.so xdapat lagi la main piano...


tu la serba sedikit kisah-kisah aku kanak-kanak..hihi Welcom To My World Buddy!

Monday 12 March 2012

Boleh Ker Baca???




Orang Yang Cerdik Jep Pandai Baca Ni Surat.Sapa Yang Rasa Pandai Tu Tolong Translation kan ;)

Kisah Sedih Tentang Solat

Kisah 1:

Dalam satu solat jemaah, kelihatan seorang lelaki yang tergesa-gesa masuk ke dalam masjid. Tatkala itu imam dan jemaah yang lain sedang bersolat. Oleh itu, lelaki itu agak tergesa-gesa agar sempat mendapat rakaat bersama imam. Lagak pakaiannya dengan berjubah 'ala tabligh', berjanggut lebat, seolahnya nampak seperti seorang yang bukan 'calang-calang' dari sudut ibadatnya dan ilmunya. Lalu sampai saja pada saf ... imam pun 'Allahu akbar' dan rukuk.

Dalam keadaan kelam-kabut, lelaki itu pun terus mengangkat tangan bertakbiratul ihram... Allahu Akbar. Baru saja lelaki itu nak rukuk, tiba-tiba imam pun iktidal... sami`allahu liman hamidah'. Tanpa berlengah lagi, lelaki itu pun rukuk dan terus iktidal untuk mengejar imam. Dalam hatinya berkata "Nasib baik sempat". Pada rakaat terakhir apabila imam memberi salam, lelaki itu pun turut serta memberi salam.

Pada sangkaannya solatnya selesai dah sah. Tapi malangnya akibat kedangkalan ilmu, dia masih tak tahu membezakan solat sah atau tidak. Sedangkan sebagai makmum masbuk dia perlu rukuk dan tomakninah dalam ruku bersama imam barulah dapat rakaat. Tapi oleh kerana tiada ilmu, maka begitulah jadinya.... Pakaian tidak melambangkan ilmu seseorang... walau pakai jubah, tetapi kalau tidak menuntut ilmu... ia tetap berada dalam kejahilan.


Kisah 2:

Seorang yang kelihatan sudah berusia emas berjalan perlahan-lahan menuju ke masjid. Satu persatu anak tangga masjid dilangkahi dengan penuh kepayahan. Kadang-kala kelihatan dia berhenti sebentar pada anak tangga masjid untuk menarik nafas dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan menaiki tangga masjid. Bukanlah tinggi sangat tangga masjid tu, tapi dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan, ditambah diri yang semakin dimamah usia, menyebabkan agar sukar untuknya menapak laju ketika menaiki tangga masjid.

Tapi kesabaran dan keazaman yang tinggi membuatkan dia tidak peduli akan segala kesusahan dan kepayahan itu. Akhirnya dia berjaya masuk ke dewan masjid.... dan berdiri dalam saf. Matanya meliar mencari sesuatu.... Ya... dia sudah jumpa, kerusi kecil yang ditinggalkannya di masjid itu sudah dijumpai. Dia memang meletakkan kerusi di tepi dinding masjid yang digunakannya untuk menunaikan solat. Kakinya yang sakit dan lutut yang tidak boleh dibengkokkan menyebabkan beliau tidak boleh sujud macam orang lain. Dia hanya boleh sujud sambil duduk atas kerusi. Seketika imam pun bertakbiratul ihram... Allahu Akbar.

Lantas orang tua ini pun duduk atas kerusi di hujung saf dan memperbetulkan sedikit ikatan kain pelikatnya... dan dia pun .... Allahu Akbar... bertakbir dengan berniat mengikut imam. Malang sungguh orang tua ini kerana walau usia sudah senja tapi masih tidak tahu hukum hakam tentang solat. Akibatnya, solatnya tidak sah. Ini kerana sepatutnya dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, selepas tu kalau dah tak larat baru duduk. Bukannya terus duduk dalam keadaan yang memang dia mampu berdiri.

Jom berzikir Geng ;)


Nabi saw bersabda:
كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلىَ اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي المِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلىَ الرَّحْمن: سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ  متفق عليه
Maksudnya: “Dua perkataan yang mudah dituturkan oleh lidah,  berat timbangannya di dalam mizan (neraca timbangan disisi Allah), dan disukai oleh al-Rahman (Allah) iaitu: Subhanallahi wa bihamdihi, subhanallahil ‘azim”.

Sabda nabi saw dalam hadis yang lain:
لأن أقول: سُبْحَانَ الله، والحَمْدُ لِلَّه، وَلاَ إِلهَ إِلاَّ الله، والله أَكْبَرُ أَحَبّ إِلَيَّ مِمَّا طَلعت عليه الشمس – رواه مسلم
Maksudnya: ‘Menyebut subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, dan allahu akbar lebih aku sukai daripada terbitnya matahari’.

Sabda nabi saw lagi:

مَثَل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مَثَل الحي والميت- رواه البخاري

Maksudnya: ‘Bandingan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir adalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati’.

Pada suatu hari nabi saw telah menyatakan kepada para sahabat baginda: ‘Tidak mampukah kamu untuk mendapatkan seribu kebajikan pada setiap hari?. Lalu Rasulullah saw pun ditanya tentang cara untuk mendapatkannya. Lantas Rasulullah menyatakan apabila seseorang itu bertasbih sebanyak seratus kali, maka akan ditulis untuknya seribu kebajikan dan dihapuskan daripadanya seribu dosa. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Sabda nabi saw:
من قال سبحان الله وبحمده، في يوم مائة مرة، حُطَّتْ خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر متفق عليه
Maksudnya: ‘Sesiapa yang mengucapkan subhanallah wabihamdihi sehari seratus kali, digugurkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan’.

JANGAN PANDANG REMEH PADA UCAPAN "SALAM"




Nabi saw bersabda:
والَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَ تَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوْا وَلاَ تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلىَ شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشوا السَّلاَم بَيْنَكُمْ – رواه مسلم
Maksudnya: ‘Demi Allah yang diriku berada dalam genggamanNya, kamu tidak masuk syurga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi kamu tidak berkasih sayang, mahukah kamu aku ajarkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya akan membawa kasih sayang di antara kamu ? Tebarkanlah salam sesama kamu’.

Dalam hadis yang lain nabi saw bersabda:
يا أيها الناس، أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام  رواه ابن ماجه
Maksudnya: ‘Wahai manusia, tebarkanlah ucapan salam, berikanlah makan (kepada orang yang memerlukan), hubungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga dengan sejahtera’.

            Marilah sama-sama kita renungkan betapa besarnya fadhilat mengucapkan salam. Mengucapkan salam merupakan di antara sebab yang memungkinkan seseorang itu memasuki syurga Allah yang diimpi-impikan. Akan tetapi, amat malang sekali apabila kita dapati dewasa ini ramai di antara umat Islam yang memandang remeh tentang ucapan salam ini lantas meringan-ringankannya, sedangkan pahala di sisi allah bagi orang yang mengucapkan salam amatlah besar. Justeru, janganlah kita tergolong dalam orang yang rugi, sebaliknya sama-samalah kita berusaha untuk merebut peluang yang disediakan oleh Allah ini dengan kita mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja sama ada kepada orang yang kita kenali atau pun tidak, dan kepada orang kaya mahu pun miskin. Ucapkanlah salam dengan penuh keikhlasan dan dengan ucapan yang betul agar kita benar-benar dapat mengambil manfaat daripada salam yang diucapkan. Janganlah kita menjadi seperti sesetengah orang yang juga mengucapkan salam, tetapi sekadar mengucapkannya ibarat melepaskan batuk ditangga iaitu dengan tiada kesungguhan, tiada keikhlasan dan ucapan salam yang tidak betul dan tepat mengikut makhrajnya. Oleh kerana ingin cepat, ada yang sekadar menyatakan ‘samaikum’, samakum’, ‘haikum’, hakum’ dan sebagainya. Apa ertinya ucapan-ucapan ini yang langsung tidak mengandungi ucapan salam sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’. Bukannya susah untuk kita mengucapkannya dengan betul iaitu sekurang-kurangnya ‘assalamu ‘alaikum’. Oleh kerana ucapan salam yang telah diucapkan sebelum ini tidak bertepatan dengan kehendak syara’, maka kita dapati ucapan tersebut tidak membawa apa-apa makna, serta tidak dapat menjalinkan kasih sayang di antara sesama muslim.

Valentine's Day lah Sangat


Setiap tahun, tanggal 14 Februari merupakan tarikh 'keramat' dan 'bersejarah' bagi sesetengah orang terutamanya golongan belia dan beliawanis termasuk remaja Islam. Tarikh 'keramat' ini diingati sebagai Valentine's Day atau Hari Kekasih yang dirasakan amat rugi sekiranya ia dilupakan. Biasanya, ia disambut dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih sebagai paling istimewa.


Ada yang saling bertukar-tukar bunga, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, saling meluahkan perasaan cinta di taman-taman bunga dan sebagainya. Pada hari inilah ucapan kasih sayang dilafazkan sebagai bukti ketulusan cinta mereka. Pada hari ini juga pelbagai hadiah dibeli untuk diberikan kepada yang orang yang dicintai dan disayangi.

 
Budaya menyambut Hari Kekasih ini semakin popular dari semasa ke semasa. Anak-anak muda yang baru mencecah usia baligh pun sudah tahu apa itu Valentine, sedangkan pada masa yang sama mereka masih terpinga-pinga apabila ditanya tentang tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w. dan seumpamanya. Malahan ada yang sanggup bersusah payah mengumpul wang bertujuan untuk membeli hadiah kepada 'kekasih hati' sempena menyambut hari yang dianggap penuh romantik ini.



Apa yang lebih membimbangkan dan mendukacitakan ialah sambutan Hari Kekasih ini turut diraikan di pub, di disko dan di kelab-kelab malam, bahkan terdapat segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri kepada pasangan masing-masing demi membuktikan kesetiaan dan kasih sayang mereka.

 
Apatah lagi apabila menjelangnya bulan Februari, didapati iklan-iklan tentang sambutan Valentine's Day ini boleh didapati dimana-mana, yang sekaligus menyemarakkan jiwa remaja untuk menyambutnya. Tempat-tempat hiburan seperti disko, dan kelab malam pula, berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dengan mempromosi dan menawarkan pelbagai acara untuk merayakan Valentine's Day ini. Media massa juga tidak ketinggalan dalam menghidangkan promosi secara besar-besaran melalui iklan dan tayangan filem yang berkisar tentang perayaan ini.

 
Sebagai umat Islam, kita harus bertanya apakah Valentine's Day ini suatu bentuk perayaan yang boleh disambut atau pun tidak?. Umat Islam tidak sewajarnya menjadikan budaya 'meniru' dan bertaqlid secara membuta tuli dalam melakukan sesuatu dalam kehidupan mereka. Umat Islam juga tidak sepatutnya terus ditipu dan diperdaya oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa inginkan kehancuran berlaku pada masyarakat Islam. Firman Allah s.w.t dalm surah al-Baqarah ayat 120 bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

 
Umat Islam sewajarnya mengetahui bahawa beramal dan mengikut budaya dan agama selain daripada Islam, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Ini kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, malahan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

Justeru, umat Islam hendaklah menggunakan falsafah iqra' dalam menilai sesuatu perkara yang hendak dilakukan, agar tidak terus hanyut dilambung ombak ganas seumpama 'tsunami' yang boleh menghancurkan sesiapa sahaja. Jadikanlah al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan agar kita tidak tersasar daripada kebenaran. Oleh itu, sebelum umat Islam turut menyambut Valentine's Day, mereka hendaklah mengkaji asal-usul perayaan tersebut agar mereka tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang melaksanakan sesuatu secara membuta tuli! Firman Allah dalam Surah al-Isra' ayat 36 bermaksud: : “Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan dipertanggung jawabkan.”

 
Mengikut sejarah, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Ada beberapa versi yang mengaitkan paderi St. Valentino ini dengan sambutan Valentine's Day.

 
Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan dengan itu, tanggal 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan tersebut pada setiap tahun, sekaligus dapat mengenang jasa St. Valentino itu.

 
Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaannya menumpaskan kerajaan Islam Sepanyol, dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam, manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila beliau ditanya tentang bentuk ganjaran yang beliau inginkan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan bahawa dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Perkara ini menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengikut mazhab Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella murka dengan hasrat St. Valentino itu, lantas memerintahkan agar beliau dipenjarakan. Namun, baginda tetap mahu mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan tarikh 14 Februari sebagai 'Hari Mengingati Kekasih' yang ditujukan khas untuk memperingati St. Valentino.

 
Versi yang seterusnya menyatakan bahawa pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentino dibunuh kerana penentangannya terhadap penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Ekoran daripada itu, St Valentino telah dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran hidup, lalu untuk mengagungkannya, para pengikutnya telah menjadikan tarikh memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

 
Berdasarkan apa yang dipaparkan mengenai asal-usul sambutan Valentine's Day ini, mengapakah masih terdapat umat Islam yang menganggap bahawa Hari Valentine itu begitu istimewa? Mengapakah masih terdapat umat Islam yang hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan semberono sedangkan mereka mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu! Diharap agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi, lantas masyarakat Islam harus sedar agar tidak lagi terlibat dalam sambutan yang bercanggah dengan Islam ini!

 
Kadang-kala terdapat mereka yang menimbulkan persoalan, salahkah menyambut Hari Kekasih ini sedangkan tujuan sambutan tersebut adalah murni iaitu semata-mata untuk mengingati orang yang disayangi seperti ibu bapa, guru dan seumpamanya?. Sebenarnya, sebagai umat Islam kita tidak perlukan Valentine's Day untuk mengingati seseorang yang dikasihi dan dicintai. Ini kerana Islam sememangnya menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala sahaja. Bahkan jika tidak bertegur sapa sesama saudara muslim selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik daripada yang lain.

 
Tambahan daripada itu, berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara muslim dan manusia keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, Islam menggalakkan program ziarah-menziarahi di antara satu sama lain, selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

Nabi s.a.w. sendiri memberi penekanan betapa pentingnya persaudaraan dan kasih sayang sesama Islam dalam bentuk saling bekerjasama dan tolong menolong di antara satu sama lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah bersabda, maksudnya: 'Allah S.W.T. menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya' .

Orang yang dapat merasai kemanisan iman ialah mereka yang dapat menjalinkan kasih sayang di antara sesama manusia semata-mata kerana Allah, bukan kerana pangkat, kebendaan dan sebagainya. Perasaan kasih sayang ini bertunjangkan aqidah tauhid kepada Allah yang seterusnya dapat membina perpaduan yang utuh di antara sesama muslim sebagaimana eratnya perpaduan Muhajirin dan Ansar. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Kamu tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak menjalinkan kasih sayang sesama kamu...'

 
Kasih sayang dalam Islam juga dapat difahami dengan jelas apabila direnung dan dihayati hadis Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud: 'Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri'.

Jom Kenal Rasulluah Kita =)


Imam Abu 'Isa Muhammad Ibn Isa al-Tirmidhi telah menyatakan bahawa adalah di luar kemampuan manusia untuk melukis gambaran mengenai rupa bentuk Rasulullah saw. Namun begitu, para sahabat yang amat kasih dan cinta kepada Rasulullah telah sedaya upaya menggambarkan kepada kita tentang perawakan Rasulullah saw ini. Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa keseluruhan kekacakan Rasulullah tidaklah dizahirkan, sekiranya dizahirkan manusia tidak dapat menoleh sedikit pandangan pun ke arah baginda.

Telah dinyatakan dalam kitab al-Syifa Bita'rif Huquq al-Mustafa oleh al-Qadi 'Iyad al-Andalusi bahawa terdapat hadis-hadis dan athar-athar sahih yang banyak didatangkan oleh para sahabat tentang perawakan nabi saw. Antara sahabat yang menceritakan tentang rupa bentuk Rasulullah ialah Ali Bin Abu Talib, Anas Bin Malik, Abu Hurairah, al-Barra' Bin 'Azib, Aisyah Ummul mukminin, Ibnu Abbas, Abu Tufail dan lain-lain lagi. Antara gambaran Rasulullah yang telah dinyatakan oleh para sahabat ialah kulitnya yang putih, mata yang cantik, rambut yang lebat, wajah yang bersinar, bulu kening halus memanjang hingga ke penghujung mata, hidung yang mancung, janggut yang tebal hingga ke dada, dada yang bidang, sederhana tinggi iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, apabila bercakap seolah-olah cahaya keluar dari gigi baginda dan lain-lain lagi (Sila rujuk kitab al-Syifa oleh al-Qadi 'Iyad, 1986, cetakan Dar al-Faiha', Amman, juzuk 1 halaman 147-149).


Al-Barra' Bin 'Azib berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang terlebih tampan daripada Rasulullah saw. Jabir pula telah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika semasa malam bulan purnama terang-benderang, beliau melihat kepada wajah Rasulullah dan juga melihat ke arah bulan, dan mengikut pandangannya wajah Rasulullah terlebih cantik dan berseri daripada bulan dan cahayanya.

Anas pernah berkata bahawa: 'Rasulullah saw tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah, dan warna wajah Rasulullah tidaklah terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar (warna kulit putih kemerahan), rambut Rasulullah tidaklah terlalu lurus dan tidak pula terlalu kerinting (rambut ikal mayang)….dan uban yang ada pada rambut dan janggutnya tidak melebihi dua puluh helai'.

Manakala Saidina Ali pula ketika menceritakan perawakan Rasulullah saw, beliau berkata: 'Rasulullah tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh badan sederhana, rambut baginda tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi berkeadaan berombak (ikal). Badannya tidak gemuk. Wajahnya tidak bulat tetapi bujur. Warna wajah Rasulullah putih dengan sedikit kemerah-merahan. Matanya tersangat hitam dan bulu keningnya panjang. Tulang-tulang sendi di badannya tebal (besar)- (pergelangan tangan, siku, lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging-daging (berisi). Badan Rasulullah tidak berbulu di seluruh tubuh badan, walau bagaimanapun terdapat suatu garisan bulu daripada dada terus ke pusat. Tangannya yang mulia penuh dengan isi-isi daging. Apabila Rasulullah berjalan, baginda akan melangkah ke hadapan dengan kukuhnya, seoalah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam, iaitu menuruni dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Apabila baginda menumpukan perhatian kepada seseorang, baginda melakukannya dengan seluruh jasadnya (memusingkan seluruh tubuh dan menoleh mukanya). Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian berakhir padanya. Baginda terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling dipercayai percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia. Baginda adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia'. (Sila rujuk kitab Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Mufti Ahmed Ibrahim Bemat, 1996, cetakan Dar al-Nu'man, halaman 10-11).

Kitab-kitab sirah juga menggambarkan Rasulullah sebagai insan yang paras mukanya manis dan indah, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam antara keriting dan lurus. Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak kemerah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya tajam, dengan bulu-mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Jambangnya lebar sekali, berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal. Bila berjalan badannya agak condong ke depan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.

Ringkasnya perawakan Rasulullah adalah seperti yang berikut:
  • Seorang yang kacak.
  • Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan, Rasulullah saw juga seumpama matahari yang bersinar.
  • Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama . Kali pertama memandangnya, sudah tentu akan terpesona
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama
  • Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya.
  • Hidungnya agak mancung
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak yang sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi elok bentuknya
  • Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal sehingga kadang-kala menyentuh pangkal telinga dan kadang-kala mencecah bahu, namun ia disisir rapi. Rambutnya juga terbelah di tengah
  • Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan bulu menganjur dari dada ke pusat
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa. Kedudukan kedua-dua bahunya adalah seimbang.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik. Tapak tangan Rasulullah saw amat lembut
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
  • Badannya tidak gemuk. Perutnya tidak buncit
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. Namun begitu, badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
  • Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.