for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Monday 12 March 2012

HARAM!!!

Sistem pajak gadai konvensional telah mendominasi masyarakat Melayu Islam di negara kita sejak sekian lama terutama sejak pemerintahan British di Tanah Melayu. Tambahan pula, perniagaan pajak gadai juga banyak diusahakan oleh masyarakat Cina yang bukan Islam. Sehubungan dengan itu, orang Melayu Islam di negara ini yang memerlukan perkhidmatan mudah tunai telah berurusan dengan kedai-kedai pajak gadai konvensional yang kebanyakannya diusahakan oleh pengusaha-pengusaha Cina itu. Hal ini telah menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak.

            Sistem pajak gadai konvensional adalah haram menurut ajaran Islam kerana ia mengandungi elemen-elemen yang diharamkan seperti riba, penindasan dan sebagainya. Dalam sistem pajak gadai konvensional, unsur riba amat jelas berlaku apabila ia diasaskan kepada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Oleh itu, pinjaman kewangan tersebut akan dikenakan ‘bunga’ atau faedah. Jelasnya, pajak gadai konvensional menjadikan ‘faedah’ sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya adalah riba yang diharamkan oleh Islam. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 275 bermaksud: “Orang yang makan (mengambil) riba  tidak dapat berdiri (di akhirat) melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila, keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba…”.    

No comments:

Post a Comment