for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Monday 5 March 2012

Ampunkan Aku Ya Allah

Bismillahhirrahmanirrahim...


Wahai Tuhanku..

Maafkanlah dan ampunkanlah

segala doasa- dosaku
Sekalipun aku tidak pernah serik
berbuat demikian Nikmat dunia ini sering mengaburi
pandanganku Wahai Tuhanku..
Dunia ini sering mengajakku
berpeleseran
Dan selalu aku tewas dan hanyut di
dalamnya Sehingga ada ketika tidak
terkawalkan nafsu duniawi Wahai
Tuhan Pemilik Seluruh Alam..
Nafsu yg kekadang menghilangkan
kelazatan iman
Mengajakku untuk telus berbuat kemungkaran
Seringkali menitipkan titik-titik hitam
pada pakaian taqwaku Kerana nafsu
sering singgah
mendatangi
Tidak pernah jemu dan kenal putus asa
Mendekatiku untuk memutikkan
kealpaan Menjauhi aku mengingati-
Mu Wahai Tuhanku..
Untuk kesekian kalinya
Sama seperti semalam dan sebelumnya
Aku mendatangi-Mu dalam
kepayahan ini Bersimpuh di sejadah
lusuh ini Aku ingin menangis di
hadapan-Mu
Ya robbi Mengharap segala dosaku ini,
Engkau balasi dengan azab dunia
Kerana aku yakin bahawa, aku tidak
akan tertanggung Pedihnya azab
siksaan-Mu, di
akhirat kelak Wahai Tuhanku.. Bersimpuh di atas sejadah lusuh ini
Sungguh aku lebih menginginkan
Agar Engkau melepaskan aku dari
kedua-duanya
Kerana aku yakin Engkau, tidak
menutup pintu taubat untukku Subhanallah... Semoga bermanfaat
buat diriku dan
anda semua... Wassalam'mualaikum
Wr. Wb

No comments:

Post a Comment