for my sayang

Si isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya... Suami : sayang, air ni tawar..Cuba sayang minum. Isteri : ye ke bang?? (Sambil rasa air dari cawan suaminya) Suami : (Minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm..Baru manis!!! ^^,

Saturday 3 March 2012

Suami Ku+Boyfriend Ku

Dua insan yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal anatara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kamu akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Aduh, orang yang dilamun asmara memang begitu! Apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa seseorang itu jodoh (
soulmate) ataupun bukan?




Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia perhubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. 

Tak kira la apa pun, korang mesti bekerjasama. Kalau marah-marah, bila si dia minta maaf, maafilah. Kalau bab merajuk pun, bila dah dipujuk tu, berilah kerjasama untuk tidak merajuk lagi. Kalau tak, dia cari yang lain, ko yang gigit jari. Haha~cam aku la gan si terindah,lau dh pujuk saja nk die pujuk lagi t dapat la syg lg hihi~


 Aku nampak Syurga di wajahmu,eh eh ayat aku ni betol ker?? errgg!
Bersamanya, perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa ada perasaan tertekan. 

Walaupun lepak berjam-jam di kedai mamak dengan dia, order air kosong ja, ko tak rasa pun bosan walaupun Ane tu dah menjeling tajam tanda nak hambat korang sebab orang lain pun nak duduk makan jugak kat meja tu. Haha~

Cuba ko tengok muka si dia. Ko nampak apa? Ha, nampak tahi mata? Oh, bukan itu maksud aku. Maksud aku adakah ko dapat rasa tenang dan sejuk hati bila pandang wajah dia? 

Walaupun dia tak sehensem Aaron Aziz a.k.a Seth Tan yang popular dalam Nora Elena tu, atau seayu Lisa Surihani, tapi ko rasa suka jer bila pandang wajah dia. Itulah cinta hati ko. Jangan berpaling tadah lagi. Tadah jer apa yang dia nak bagi. Haha~

Ku ada kamu

Si dia selalu ada untuk kamu dalam apa pun jua situasi. Si dia dapat memahami situasi dalam hati kamu, baik dalam suka atau duka. Percayalah, pasangan yang berjodoh pasti tidak akan takut untuk mengalami pasang surut, suka-duka bersama.

Ye la, kalau jenis yang ada masa kita senang je, baik tak payah buat laki! Itu namanya, ambik kesempatan. Masa kita ada duit, datanglah ia menempel. Bila kita jatuh miskin, dia hilang entah ke mana. Tak guna kalau ada kenal orang macam tu. Lupakan saja.

Tapi kalau ada orang yang sanggup bersusah payah dengan kita terutamanya waktu kita susah, whether in thick and thin, memang kita boleh harap pada dia.

Cuba asah ingatan korang tu,aku pon nak asah ingatan aku ni jugak, adakah dia..
i) orang pertama yang bantu bila ko ada masalah? Sangat mengecewakan kalau si dia sudah la tak boleh bantu, ambik tau pun tak.
ii) faham bila emosi ko terganggu - PMS dan period la kata kan.. Marah tak tentu pasal Hihi~
iii) tahu keadaan ko sakit- senggugut, demam yang degil tak nak makan ubat dan tak nak mandi. Wakaka~ Kantoi la control ayu aku tu. 

Jika jawapannya, ya, kamu telah menemui orang yang tepat!
macam aku,dh jumpa pon ada at depan mata ni hihi cyg die sangat2 .
wah wah romantiknya aku....

Terima seadanya

Si dia tak kisah siapa kamu sebelum ini. Baginya,apa yang penting ialah siapa kamu sekarang dan kamu adalah masa depannya. Ini bermakna dia sudah menerima kamu seadanya. Wow, romantiknya.. Hihi~

Dia juga tak kisah nak menceritakan kisah lalunya. Tapi jangan sesekali menipunya. Kang dapat tau masa dah kahwin nanti, teruk padahnya. Silap-silap bujang kembali. Haha~

Walaupun buruk, tetap sayang

Setiap orang pasti ada keburukan dan kebaruan. Haha~ ayat mengonk.. 
Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Kena la boleh terima. Kalau tak boleh terima, better cari orang lain la. Atau suruh dia tu tambah iman sikit. Dah ALLAH jadikan manusia ada kelebihan dan kekurangannya, yang dia tak boleh terima apasal? Tempeleng kang. Hahaha~

Kalau dia boleh terima tengok muka ko baru bangun tido, tanpa mekap, tanpa foundation yang tebal yang menampakkan segala bekas jerawat, jerawat, parut ala lanun dan jeragat bagai, kira ok la. Bayangkan kalau bermekap, macam anak patung tapi kalau tak mekap macam hantu. Kalau dia boleh terima, memang dia sayang ko la. Haha~

Bagi perempuan pulak, kalau dapat terima jantan dia yang boroi dan rambut bersepah di mukanya tu kira ok la. Terima kekurangan dia. 

Eeek, geli aku tengok lelaki boroi dan bermisai ala Datuk K, jambang ala duk negara Pakistan. Please la jaga muka korang tu. Ini Malaysia, bukan Bangladesh. Kalau korang dengan Bangla pun lebih kurang, better aku pilih Bangla, romantik dan dapat makan angin kat luar negara (Bangladesh). Bhaha~ 

Pasangan yang baik, menerima kelebihan dan kekurangan pasangannya dengan positif. Kan hidup ini perlu saling melengkapi.

Oh, kamu dan si dia sudah ditakdirkan untuk hidup bersama yep..haha ppandai jep aku ni.korang lah yang pilih and yang akan hidup dengan die buka aku..aku just sampaikan pe yang aku ada jep ok.
bf aku pon aku belum habis pilih hihi masih dalam kajian aku ok.nanti aku lau dah kahwin aku post picture kami hahaha~(bila tahun la picture tu akan ku post kan)

No comments:

Post a Comment